Teknologi pencetakan moden Pencetakan

Mesin lipat pada mesin cetak ofset surat khabar

Di seluruh dunia, lebih 45 trilion halaman (perangkaan 2005) dicetak setiap tahun.[14]

Pencetakan ofset

Rencana utama: Cetak ofset

Pencetakan ofset merupakan teknik pencetakan terlaris yang mana imej berdakwat dipindahkan (atau "diofset") dari plat ke aras selimut getah, kemudian ke atas permukaan cetak. Apabila digabungkan dengan proses litografi yang berasaskan pengasingan minyak dan air, teknik ofset menggunakan pembawa imej rata (planografik) yang mana imej yang hendak dicetakkan itu menerima dakwat daripada gegulung dakwat, sementara bahagian tak cetak menarik selapis air supaya terhindar dari dakwat.

Kini, kebanyakan buku dan surat khabar dicetak dengan teknik litografi ofset. Antara teknik-teknik laris yang lain termasuk:

  • fleksografi yang digunakan untuk bungkusan, label, surat khabar
  • pindah celup lilin panas
  • inkjet yang lazimnya digunakan untuk mencetak buku atau bungkusan secara kecil-kecilan, dan juga mencetak pelbagai bahan secara seakan pencetakan ofset daripada kertas bermutu tinggi
  • pencetakan laser yang digunakan terutamanya di pejabat serta persuratan urus niaga (bil, dokumen bank).